Tuesday, 24 May 2011

Kata-kata hikmah

It breaks your heart to see the one U love is happy with 

someone else.. But it's more painful to know that the one U 

love is unhappy with U "

Peranan Suami Semasa Isteri Sakit Hendak Bersalin






Bismillah, 




Terkenang sekali nak beranak dulu, ada seorang suami yang sekali bini dia teran, dengan 
dia2 sekali rasa nak berak. Itu tak masuk cerita misi2 yang kata bukan sorang dua yang 
pengsan time bini nak bersalin. As for me, mujur alhamdulillah suami tak nak melepaskan 
peluang untuk berada di sisi menemani saya menghadapi rasa sakit yang tak boleh nak 
describe tu.



Peranan suami :

  • Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang                                     suami  ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda.                                Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga                                   48 jam lamanya. Jadi untuk menyaksikan baby launching, maka haruslah siapkan baju                                  untuk diri sendiri melainkan rumah anda tepi pagar hospital 
  • Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak                                     pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu                                tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda                                         tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang. Tapi jangan bagi kat laki yang kaki kikis                                               lak kang sempat dia tarah bukit dalam bank pulak :P
  • Tenangkan isteri - sakit tu nak bersalin. Sekalipun tidak dapat melahirkan secara                                                      normal, mengeluarkan anak dari rahim tetap sakit. Jadi bukan salah si ibu lah kalau                                                                   dia berbunyi2 mengeluh menahan kesakitan. Jadi di situlah peranan si bapa untuk                                                     tenangkan isteri. Tolong  urut2 kat mana  yang patut seperti urut kat bahagian kaki,                                                                  usap2 kepala atau sekadar pegang  tangan. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak                                                          yang anda dapat  lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda                                                        dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.
  • Kalau perlukan apa2, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan                                  mendapatkan sesuatu untuk kita. 
  • Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Umi boleh...                                                         sikit lagi... jangan mengalah umi... ingat ALLAH umi" dan lain-lain kata yang                                                              mungkin akan menjadikan isteri anda tiba2 ada power untuk teran keluar anak.                                                                         Kalau Popeye ada salad untuk keluarkan energy dan muscle dia, seorang isteri                                                                                                    hanya perlu kata semangat dari anda untuk jadi lebih hebat dari Popeye!
  • Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan                                                                          misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan.                                                                  Semoga anak yang dilahirkan adalah anak  yang soleh dan solehah.


Tuesday, 10 May 2011

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.



Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang

aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat ?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang

berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula ?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan
melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :

"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih
kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku
akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada
engkau." Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat
kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang
terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :
208)

~salam ceria selalu

Ya ALLAH swt. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh
kehidupanku. AMIN.


       In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan
 saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,
 kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua
                                 ilmu.... 
  
 

Pemakaian Stokin Lengan: Satu Penilaian

63 petua bahagia

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

 
1. Doa yang berterusan.
 
2. Patuh ajaran agama.

3.
 Murah dengan pujian.

4.
 Murah dengan khidmat.

5.
 Murah dengan belaian kasih sayang.

6.
 Murah dengan sentuhan.

7.
 Mencari kebaikan pasangan.

8.
 Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9.
 Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.(ingat masa susah bersama sama)

10.
 Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11.
 Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12.
 Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13.
 Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.(kalau perlu boleh di praktikan)

14.
 Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15.
 Tolak-ansur.

16.
 Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17.
 Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18.
 Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19.
 Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20.
 Sanggup berkorban buat pasangan.

21.
 Menghormati pasangan.

22.
 Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23.
 Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24.
 Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25.
 Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26.
 Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27.
 Meletakkan hak kepada pasangan.

28.
 Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29.
 Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30.
 Mengawal marah. Buat perjanjian.

31..
 Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32.
 Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33.
 Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34.
 Memahami peranan ¡pasangan¢.

35.
 Hubungan perasaan sesama pasangan.

36.
 Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37.
 Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38.
 Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39.
 Tujuh kali puji dan satu teguran.

40.
 Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41.
 Banyakkan bergurau dan bermesra.

42.
 Sentiasa berterus terang.

43.
 Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44.
 Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45.
 Elakkan salah pasangan.

46.
 Cari titik pertemuan.

47.
 Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48.
 Lebih banyak memberi daripada menerima.

49.
 Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50.
 Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51.
 Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52.
 Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53.
 Tidak terlalu mengongkong.

54.
 Tidak bertindak bersendirian.

55.
 Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56.
 Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57.
 Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58.
 Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59.
 Tidak meminta yang bukan-bukan.

60.
 Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61.
 Mencari kelainan dan perubahan positif.

62.
 Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63.
 Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t