Friday 27 April 2012

7 Petanda Teman Lelaki Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Pasangan Hidup

couple fight



Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda-tanda teman lelaki anda tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup.?
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik
  • Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa
  • Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang?
  • Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.

Urusan rumahtangga adalah tanggungjawab SUAMI, bukan ISTERI..




Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah. Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.

Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.

Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.

Friday 18 November 2011

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.







Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


Friday 11 November 2011

Buat Para isteri / Bakal Isteri..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.Selama 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok."Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
*ketika kita mengharapkan sesuatu daripada orang lain, pernahkah kita terfikir adakah kita telah memberikan apa yang kita harapkan pada orang tersebut??*

Ada apa dengan 11-11-11

What a beautiful date today! Pasti semua orang ingin abadikan sesuatu pada tarikh ini kan! Ada yang ingin bernikah pada tarikh ini..ada juga yang ingin bersalin pada tarikh ini! Aduhaiii..apalah yang istimewa sangat dengan 11/11/11 ni yer. Namun bagi aku..tarikh ini sangat nice ajer..yg lebih penting ianya jatuh pada hari Jumaat..itu yang bagusnya!


Ermmm..aku pon nak abdikan something gak la on this date..tp nk buat apa yer? Nk masak special? ermmm..hari2 dh masak so xder yang specialnya pun! Then nk buat apa yer? 


Biarlah ianya berlalu..nothing special pun! hehehe..

Wednesday 9 November 2011

Petua Merangsang Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa



1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.

2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada anak.

3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang sesuai akan dapat merangsang tindakan.

4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.

5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dan kenapa ia perlu dilakukan.

6. Jangan menggunakan perkataan “orang pertama” – kamu, anda, awak. Ia akan merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa “orang kedua”
“Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib”.
“Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.

7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.

8. Minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka.
Contoh :
i. Anak diminta belikan lampu picit untuk membolebkan dia tidur sendiri di bilik.
ii. Anak mencadangkan ayahnya membelikan bakul untuk baju bagi mengelakkan pakaian kotor berselerak.

9. Beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.
Contoh :
Bapa: Nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat bila nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: Ok lah, Saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.

10. Gunakan fantasi untuk memberi kesedaran pada anak.
Anak : Abah.. ,naik teksi bah.Tak bestlah naik bas.
Bapa : Eh..Kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu helikopter untuk pergi dan balik dari sekolah!

11. Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula cerita lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.